Tuesday, June 3, 2008

Raja Petra Kamarudin (RPK) meRePeK (RPK)

Salam perjuangan!

Agak pelik perangai si RPK ini sejak dia masuk ke dalam penjara baru-baru ini. Saya tidaklah kenal beliau secara rapat, tetapi saya kerap juga mengikuti perkembangan beliau. Kali ini, beliau meRePeK lagi dengan pelbagai RePeKan yang tidak berasas. (Lihat RePeKan beliau)

Jika dulu, beliau masuk ke penjara dan minta seringgit setiap orang untuk bebaskan beliau, beliau kumpul duit tersebut untuk bayar wang jaminan, kemudian beliau mogok lapar, kemudian beliau tak mahu berjumpa dengan sesiapa...pandai juga RPK bermain politik kebudak-budakan.

Sekarang, cuba mengatakan ABIM sebagai Bukan Islam ataupun Bullshit Muslim. Cuba tanya beliau, apa sumbangan beliau untuk usaha dakwah di Malaysia? Dengan meRePeK macam ni, Islam boleh berkembangkah?

Kalaupun ada persoalan tentang beberapa perkara, perbincangkanlah. Jangan terus meRePeK. Bila RPK meRePeK, nampak sangatlah yang beliau tidak faham Perlembagaan Persekutuan.

Ada orang pesan kepada saya, kalau kita tidak pandai, lebih baik kita diam, baru orang tak tahu yang kita tidak pandai. Tapi kalau kita bercakap, semua orang akan tahu bahawa kita tidak pandai!

1 comment:

Kuey san said...

"Ada orang pesan kepada saya, kalau kita tidak pandai, lebih baik kita diam, baru orang tak tahu yang kita tidak pandai. Tapi kalau kita bercakap, semua orang akan tahu bahawa kita tidak pandai!"

--> kelu. at 1st, I thought I want to drop a comment..but, now..I dont thing so. Shut my mouth is better for dumb people like me.