Friday, April 4, 2008

Mengapa Muslim Marah?(3M)

Bermula daripada mengenali siapa sebenarnya manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah, ramai di kalangan para pemuda Arab pada ketika itu mula berjinak-jinak dengan 'ajaran' beliau. Muhammad bukanlah seorang yang pandai membaca seperti ramai pemuda sekarang. Muhammad bukan juga seorang yang sukakan populariti. Muhammad hanyalah seorang manusia yang mempunyai akhlak yang terpuji, sehinggakan orang marhaen pada ketika itu menggelarnya sebagai Al-Amin.

Bermula dari situlah beliau mendapat kepercayaan, menyelesaikan masalah-masalah ummat Arab pada ketika itu walaupun tidak pernah disuruh oleh sesiapapun. Hatinya tulus mengasihi kaumnya kerana beliau tahu, ada sesuatu yang tidak kena di situ. Dengan ketulusan hatinya, nasihat dan pandangan disampaikan dengan baik dan berhemah. Sejarah telah membuktikan beliau telah banyak kali dikasari dan mahu dibunuh. Namun beliau masih tetap mengasihi kaumnya.

Ummatnya terus menafikan ketulusan beliau, apatah lagi apabila beliau mengisytiharkan bahawa beliau telah diutuskan menjadi rasul untuk memimpin mereka. Bukanlah menafikan kelayakan beliau, tetapi kerana cemburu buta, atau iri hati. Hati mereka tidak mahu menerima pelawaan Muhammad. Ego, itulah yang menutup hati mereka.

Perpindahan ke Madinah membawa sinar baru bagi Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Mereka bukanlah ingin mencari kekuatan untuk menyerang balas, tetapi mencari peluang untuk membuktikan kasih mereka. Hati mana yang tidak terluka apabila kasih ditolak. Bukan sekadar ditolak, bahkan dihinjak dan dipijak-pijak. Mereka ingin menyampaikan mesej kasih ini kepada mereka yang sedia menerimanya.

Namun kebiadaban si penolak kasih tadi tetap membara. Mereka tidak senang duduk kalau kasih Muhammad diterima oleh orang lain. Mereka tidak ubah seperti Gila Talak. Terus-terusan mereka menekan dan mengasari Muhammad dan para penyambut kasihnya. Mereka dikasari dan dilakukan seperti binatang. Muhammad masih menasihati kekasihnya agar bersabar kerana mungkin golongan itu akan menerima juga kasihnya suatu hari nanti.

Si Gila Talak tadi tetap meneruskan tindakan mereka. Akhirnya Muhammad perlu membela kekasih-kekasihnya. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Muhammad perlu menyelamatkan kekasihnya daripada terus menjadi mangsa Si Gila Talak. Maka Muhammad mula berkeras, sebagi pengajaran kepada Si Gila Talak, jangan lagi mengganggu kekasih beliau.

Adakah Muhammad bersalah?

2 comments:

Kuey san said...

apa kena-megena post nih dgn pic tuh eh Dr Ahmad? huhu~

safwanmohamad said...

Mungkin gambar itu menunjukkan sedang marah, atau sedang sedih, atau sedang tidak puas hati, atau bosan dengan tindakan si Belanda itu...
Tapi simpati juga dengan mereka, kerana tidak mendapat maklumat yang sebenar. Ini sebagai 'insult' kepada institusi pemikiran mereka sendiri...