Monday, March 31, 2008
Apa dah jadi?
Jika berlaku sesuatu di depan mata, tiada sesiapa pun dapat menafikannya. Seluruh rakyat menjadi saksi pertembungan Istana dengan UMNO. Mengapa berlaku perkara sebegini, sedangkan UMNO adalah pejuang ketuanan Raja-raja Melayu?Jika perkara sebegini berlaku di Perak, negeriku tercinta, muncul sekumpulan ratusan penyokong UMNO berarak di Padang Polo, Ipoh. Di Perak, bukannya pertembungan antara istana dengan pembangkang, cuma perbezaan pendapat antara pembangkang sahaja. Tidak wujud pertembungan yang dikatakan, dan tidak wujud tindakan biadab terhadap istanapun, seperti yang dihebahkan oleh kumpulan kecil itu. Perbezaan pendapat antara pembangkang (kerajaan Perak sekarang) hanyalah perkara kecil. Pada dasarnya, rakyat masih menghormati raja Melayu, walaupun mereka adalah Cina atau Lim Kit Siang. Lim Kita Siang telah secara terang-terangan memohon maaf kepada istana. Mahukah presiden UMNO berbuat perkara yang sama? Mahukah UMNO Terengganu melakukan perkara yang sama?Akhbar pula melaporkan secara berat sebelah, dengan memberikan hebahan tentang sokongan rakyat terhadap bekas MB sahaja. Bagaimana pula sokongan rakyat terhadap istana? Bagaimana pula sokongan rakyat terhadap calon MB yang baru? Mustahil dalam jutaan rakyat Terengganu, semuanya menyokong bekas MB.Mungkin ini adalah pandangan kecil penulis, tetapi besar implikasinya. Mungkinkah akan diadakan pilihanraya semula di negeri Terengganu? Mungkinkah rakyat akan menolak secara total UMNO pada pilihanraya itu, kerana UMNO telah 'menderhaka' raja Melayu?Setinggi mana sekalipun parti politik diangkat dan dipandang tinggi, tinggi lagi kedudukan raja Melayu di negara ini. Rakyat perlu diajar agar menghormati raja kita. Apabila raja Melayu ditolak, maka tidak lama lagi, ketuanan Melayu pasti akan terhakis. Raja Melayulah penyelamat ketuanan Melayu.Biar mati anak,Jangan mati adat!Biar berputih tulang,Jangan berputih mata!Biar hidup beresmikan Hang Tuah,Pantang anak Melayu menderhakai sultan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment